Sunday, 5 March 2017

SEMINAR SEMANGAT TUAH DI BUMI MELAKA

Alhamdulilah,..
Seminar Ini Telah Di Mulakan Dengan Langkah Yang Sangat Baik Bertempat di Serkam, Merlimau Melaka. Gayong Maarifat Bertapak Semula Di Sini Untuk Membina Semula Jemaah GM Agar Semua Bersatu Dan Kembali Ke Jalan Persilatan.



Telah Mengumpulkan Hampir Seramai 25 Peserta Dan Terdiri Dari Umur 7 Tahun Hingga Hampir 60 Tahun Usia Pesertanya. 
Pelajaran Di Ajarkan Adalah Ilmu Senaman Pada Awal Paginya Hingga Lah Membawa Kepada teknik Serangan Dan Buah Pukulan. 
Ada Pelbagai Perkara Yang Di Ajarkan Dalam Seminar Ini Yang Boleh Guna Pada Bila Bila Masa Jua.



Pada Sebelah Petang Pula Majlis Kembara Syahadah Iaitu Pengijazahan Pula Bermula.
Di Ajarkan Tentang Ilmu Syahadah Dan Pelbagai Ilmu Allah Yang Lain.

Kami Juga Sempat Ziarah Makam Tun Teja Di Bumi Merlimau..
Di Sana Terdapat Dua Makam Iaitu di Sawah Padi Dan Di Makam Yang Biasa Orang Ziarahi.
Kami Telah Pergi Ke Makam Di Sawah Terlebih Dahulu Dan Sesudah Itu Baru Lah Menuju Ke Makam Yang Telah Di Bina Khas.




Monday, 2 January 2017

SEMINAR  SEMANGAT TUAH


Seminar persilatan Melayu telah di ilhamkan oleh Pangiran Nurdian Syah selaku Orang Besar Bergelar Dewan Adat Istiadat Jajahan Kuala Lumpur yang bertempat di Solok Saga Academy Martial Art, Batu 6, Gombak.
Seminar ini terbuka kepada sesiapa jua khusus untuk mereka yang minat dunia persilatan tapi kekangan masa dan kerja yang membataskan maka seminar ini telah menjadi pilihan 30 peserta yang berminat pelajari ilmu persilatan dan ilmu kerohanian tenaga dalaman yang di sekalikan dalam seminar ini.
Bermula dari pagi hingga ke lewat petang, pengisian dalam seminar ini memberi impak yang sangat bagus kepada peserta dan ini adalah sebahagian dari seminar.



·         Senaman Tua
·         Ilmu Pernafasan 5
·         Langkah dan Tapak Silat
·         Petua Ilmu
·         Teknik Asas Buah Pukul
·         Latihan Sepakan Dan Tumbukan dengan teknik
·         Ilmu Kerohanian Gerak Rohaniah
Seminar ini mendapat sambutan luar biasa. Peserta paling tua adalah En Roslan berusia 50 tahun dari Merlimau, Melaka yang hadir untuk dalami lagi ilmu ini dan amat menyarankan mana mana yang tiada masa bergelanggang sepatutnya hadir ke seminar ini dan rasai sendiri. Berbaloi dengan yuran pendaftaran RM110 untuk sehari tapi seolah olah sudah bergelanggang berbulan bulan. Dalam seminar, peserta bukan setakat di ajar ilmu fizikal iaitu tempur tapi mempelajari juga ilmu kerohanian untuk dalaman masing masing.





Bagi mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh hubungi Guru Panglima Pangiran Nurdian Syah - 0122712519

Monday, 28 November 2016

BEKAM SUNNAH - PROMOSI 14 CUP RM90

Sudah lama saya ingin menulis tentang kebaikan berbekam. Apatah lagi setelah beberapa kali berbekam. Namun, kekurangan maklumat menyebabkan saya terpaksa menagguhkan hasrat tersebut. Dari sudut pengalaman, setelah beberapa kali berbekam, saya dapati perubahan yang ketara pada diri. Paling ketara ialah tubuh akan rasa lebih ringan dan tidur juga semakin senang dan tenang. Syukur kepada Allah, kerana info atau maklumat mengenai berbekam termasuklah kebaikannya turut disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada minggu lepas. Jadi untuk entry kali ini, saya sekadar ingin melebar luaskan info tersebut. 

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik. 

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. 

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik. 

Kekeliruan perubatan bekam 

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu. 

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr (homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf. 



Beliau yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

“Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. “Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia,” katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama. 

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih dari penyakit itu. “Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi,” katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia. 

Toksin punca penyakit?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim. Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar. 

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

“Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,” katanya. 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 


Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar,” katanya.

Punca toksin 

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia. 

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan. 

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu. 

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,” katanya. 

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.

Bekam untuk pesakit kronik 

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu. 

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu. 

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka. 

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya. 

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih. 

Saturday, 12 November 2016

BAJU JERSI GMKL 2016 SEMANGAT TUAH

T- SHIRT BERKAIN JERSI EKSKLUSIF ✳️✳️

LUAR BIASA !!!
SUATU KELUARAN YANG "rare" Dari Gayong Maarifat Kuala Lumpur KHAS UNTUK SEMUA PEMINAT PERSILATAN DAN JUGA JEMAAH GAYONG MAARIFAT SELURUH MALAYSIA ...
📢📢📢
LIMITED EDITION HANYA 100 HELAI DI KELUARKAN... KONSEP PRE-ORDER IAITU BAYAR DAHULU ... MARI AYUHHH !!!
TERBUKA UNTUK SEMUA DUNIA PERSILATAN ...
MANA SEMANGAT TUAH ???
ANDA PAKAI PASTI TERASA BERTUAH ... ILMU KEPENDEKARAN DENGAN SEGAK BERGAYA ...
HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA ...
AYUH SEBARKAN ....

STIKER GMKL 2016 UNTUK DI JUAL TERBUKA KEPADA SEMUA
Logo Gayong Maarifat Kuala Lumpur Yang Terbaru Edisi 2016 ...

JUALAN STIKER TERBUKA KEPADA SEMUA !!

STIKER KERETA : RM20
STIKER MOTOR : RM15
Tambahan RM5 Untuk Pos

Boleh Wassap Atau PM Saya Segera Sebelum Habis .

Sila Berhubung Dengan Saya Segera
Dato Panglima 0122712519


Friday, 11 November 2016

AHLI JAWATANKUASA GMKL 2016

Alhamdulilah,




Berikut adalah Senarai Rasmi Organisasi Ahli Jawatan Kuasa terbaru GMKL bagi Tahun 2016, berkuatkuasa pada 20hb Feb 2016.

ORANG BESAR BERGELAR JAJAHAN KL - DATO PANGLIMA PANGIRAN




AJK Utama
=====
▪YDP - YDP DPA Shah


▪TYDP - TYDP Fareez


▪TYDP II - Pendekar Shahril (Gelanggang Nakhoda)


▪Setiausaha - Pendekar Hanafi (Napie)


▪Setiausaha II - Pendekar Hadi


▪Bendahari - Pendekar Ahmad Syukri (Damai)


AJK Khas
=====
1. Biro Multimedia - Srikandi Eira



2. Pendekar Luqman Semerbak


3. Pendekar Ahmad Husaini (Panjang)


4. Pendekar Abdul Rahim (Ayiem)



AJK Sokongan
=====
▪Pendekar Aliff (Damai)
▪Pendekar Anuar (Damai)
▪Pendekar Shaq
▪Pendekar Aidid
▪Pendekar Mamat
▪Pendekar Fikri
▪Pendekar Rozaimi