Monday, 28 November 2016

BEKAM SUNNAH - PROMOSI 14 CUP RM90

Sudah lama saya ingin menulis tentang kebaikan berbekam. Apatah lagi setelah beberapa kali berbekam. Namun, kekurangan maklumat menyebabkan saya terpaksa menagguhkan hasrat tersebut. Dari sudut pengalaman, setelah beberapa kali berbekam, saya dapati perubahan yang ketara pada diri. Paling ketara ialah tubuh akan rasa lebih ringan dan tidur juga semakin senang dan tenang. Syukur kepada Allah, kerana info atau maklumat mengenai berbekam termasuklah kebaikannya turut disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada minggu lepas. Jadi untuk entry kali ini, saya sekadar ingin melebar luaskan info tersebut. 

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik. 

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. 

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik. 

Kekeliruan perubatan bekam 

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu. 

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr (homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf. 



Beliau yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

“Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. “Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia,” katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama. 

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih dari penyakit itu. “Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi,” katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia. 

Toksin punca penyakit?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim. Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar. 

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

“Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,” katanya. 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 


Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar,” katanya.

Punca toksin 

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia. 

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan. 

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu. 

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,” katanya. 

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.

Bekam untuk pesakit kronik 

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu. 

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu. 

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka. 

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya. 

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih. 

Saturday, 12 November 2016

BAJU JERSI GMKL 2016 SEMANGAT TUAH

T- SHIRT BERKAIN JERSI EKSKLUSIF ✳️✳️

LUAR BIASA !!!
SUATU KELUARAN YANG "rare" Dari Gayong Maarifat Kuala Lumpur KHAS UNTUK SEMUA PEMINAT PERSILATAN DAN JUGA JEMAAH GAYONG MAARIFAT SELURUH MALAYSIA ...
📢📢📢
LIMITED EDITION HANYA 100 HELAI DI KELUARKAN... KONSEP PRE-ORDER IAITU BAYAR DAHULU ... MARI AYUHHH !!!
TERBUKA UNTUK SEMUA DUNIA PERSILATAN ...
MANA SEMANGAT TUAH ???
ANDA PAKAI PASTI TERASA BERTUAH ... ILMU KEPENDEKARAN DENGAN SEGAK BERGAYA ...
HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA ...
AYUH SEBARKAN ....

STIKER GMKL 2016 UNTUK DI JUAL TERBUKA KEPADA SEMUA
Logo Gayong Maarifat Kuala Lumpur Yang Terbaru Edisi 2016 ...

JUALAN STIKER TERBUKA KEPADA SEMUA !!

STIKER KERETA : RM20
STIKER MOTOR : RM15
Tambahan RM5 Untuk Pos

Boleh Wassap Atau PM Saya Segera Sebelum Habis .

Sila Berhubung Dengan Saya Segera
Dato Panglima 0122712519


Friday, 11 November 2016

AHLI JAWATANKUASA GMKL 2016

Alhamdulilah,




Berikut adalah Senarai Rasmi Organisasi Ahli Jawatan Kuasa terbaru GMKL bagi Tahun 2016, berkuatkuasa pada 20hb Feb 2016.

ORANG BESAR BERGELAR JAJAHAN KL - DATO PANGLIMA PANGIRAN




AJK Utama
=====
▪YDP - YDP DPA Shah


▪TYDP - TYDP Fareez


▪TYDP II - Pendekar Shahril (Gelanggang Nakhoda)


▪Setiausaha - Pendekar Hanafi (Napie)


▪Setiausaha II - Pendekar Hadi


▪Bendahari - Pendekar Ahmad Syukri (Damai)


AJK Khas
=====
1. Biro Multimedia - Srikandi Eira



2. Pendekar Luqman Semerbak


3. Pendekar Ahmad Husaini (Panjang)


4. Pendekar Abdul Rahim (Ayiem)



AJK Sokongan
=====
▪Pendekar Aliff (Damai)
▪Pendekar Anuar (Damai)
▪Pendekar Shaq
▪Pendekar Aidid
▪Pendekar Mamat
▪Pendekar Fikri
▪Pendekar Rozaimi






Thursday, 10 November 2016

TYDP GMKL AYAHANDA MOHD FAREEZ MOHD SITH

Alhamdulilah...




Mula menceburkan diri dalam dunia persilatan kerana ingin menyalurkan sifat panas baran suka bergaduh ke saluran yang betul iaitu dengan bersilat. Guru pertama yang mendidik & membimbing ialah Panglima Amiroi & ketika itu pangkatnya sebagai guru gelanggang silat ialah Pendekar Setia.
Terdidik menjadi seorang yang sabar, tenang & dekat kepada Allah melalui didikan ilmu di dalam Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
Mempunyai 4 rekod pertandingan pertempuran secara terbuka seperti MACAT & F3.



- Nama sebenar Mohd Fareezsyahmi bin Mohd Sith - Dilahirkan pada 22 Jan 1988 - Dilahirkan di Segamat, Johor. - Mempelajari silat daripada Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia(Taman Samudera) - Merupakan Seorang Pengamal Perubatan Alternatif Islam ASMMA(Ancient Secret of Malay Meditation Arts)




TYDP GMKL Juga Merupakan Salah Seorang Tenaga Pengajar Dalam Gayong Maarifat KL dan Telah Punyai Banyak Pengalaman dalam Dunia Persilatan Dan Terlibat Dalam Aktivis Busana Melayu...

Mempunyai Prinsip Tidak Akan Mengalah Walau Apa Jua Terjadi Dan tetap teruskan Perjuangan Dalam Keadaan Apa Sekali pun... Merupakan Seorang Anak Muda Yang KUAT MENTAL FIZIKAL DAN KEROHANIAN...
Beliau Banyak Membantu Jemaah Dalam Sokongan Moral Dan Memberi Motivasi kepada Jemaah GMKL Yang Lain...






Wednesday, 9 November 2016

DATO PANGLIMA SETIA PANGIRAN NURDIAN SYAH

Alhamdulilah...



Syukur Ke Hadrat Ilahi , Allah Yang Maha Esa Yang Memberi Izin Kepada Kita Semua Masih Bernafas Hingga Hari Ini..

Di Sini Admin Ingin Perkenalkan Orang Besar Bergelar Jajahan Kuala Lumpur Yang DiMuliakan Dato Panglima Pangiran Nur Satria Aduka Selaku Pemimpin Kepada Cawangan Gayong Maarifat Kuala Lumpur Yang Telah Menjadi Pengasas Kepada Tertubuhnya Gayong Maarifat Kuala Lumpur Dengan Aktiviti Aktiviti Yang Luar Biasa Dan Penuh Dengan Sistematik.

Dato Panglima Pangiran Telah Bersama Dalam Dunia Gayong Maarifat Ini Sejak Tahun 2003 Lagi Ketika Mula Terlibat Bergelanggang Di Bukit Beruntung Di Bawah Kelolaan Datuk Bendahara Dr Ridzuan Kerya Selaku Orang Nombor 2 Dalam Gayong Maarifat Malaysia...
Dato Panglima Telah Menjadi Orang Besar Bergelar Antara Yang Termuda Dalam Adat Istiadat Perguruan Gayong Maarifat Dan Telah Banyak Membawa Naik Nama Pertubuhan Ke Seantero Hingga Beberapa Video Persilatan Beliau Telah Menjadi "VIRAL" Di Facebook.
Ia Telah Membangkitkan Satu Era Baru Di Mana Perguruan Lebih Di Kenali Dan Ramai Bertanyakan Tentang Perguruan,

Gelaran Dato Panglima Ini Adalah Anugerah Dari Perguruan Gayong Maarifat Dewan Adat Istiadat PSSGMM Dan Di Beri Amanah Besar Ini Ke Bahu Anak Muda Yang Berbakat Ini Oleh YTM Tuanku Sheikh Dr Azam Zulkifli Selaku Pengasas Dan Guru Utama PSSGMM.

Ketika Era Dato Panglima Bergelar Pendekar Ketika Itu, Beliau Telah Membuka Gelanggang Pertamanya Di Padang Taman Melewar, Gombak Yang Di Beri Nama GELANGGANG HARIMAU MELEWAR dan Bermula Dengan 3 Orang Anak Murid Sahaja Hingga Berkembang Menjadi Hampir 100 Orang Anak Murid Terdiri Dari Lelaki Dan Perempuan... Gelanggang Ini Telah Bawa Fenomena Baru Dan Di Kenali Ramai Ketika Itu.

Sedikit Biodata  Mengenai Dato Panglima.

- Nama Sebenar Pangiran Nurdian Syah B Zainal Abidin
- Di Lahirkan Pada 14 Jan 1986
- Berasal Dari Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan
- Pernah Pelajari Ilmu Persilatan

* Seni Silat Cimande Serumpun Tunggal (Bagan Datoh)
* Seni Silat Gayong Malaysia PSSGM (Bagan Datoh)
* Silat Silat Pusaka Gayong Malaysia (Politeknik Sultan Azlan Shah)
* Seni Silat Rencong Sembilan (Keluarga Banjar)
* Seni Silat Bunga Kedah ( Wira Damai, Gombak)

- Menetap Di Gombak
- Merupakan Seorang Pengamal Perubatan Islam


Sehingga Kini Dato Panglima Terus Mengajar Ilmu Persilatan Kepada Anak Bangsa Demi Persiapan Kepada Akhir Zaman Agar Semua Anak Muda Bersiap Sedia Dari Segala Segi.
Dato Panglima Mengajar Ilmu Persilatan Fizikal Dan Juga Kerohanian Dan Banyak Menganjurkan Beberapa Majlis Besar Berkaitan Persilatan.




Monday, 7 November 2016

SENARAI GELANGGANG GM KL

Alhamdulilah, Gelanggang semakin bertambah dari hari ke hari...
Dari masa ke masa, kami sedang giat melebarkan sayap gelanggang ke seluruh tempat yang berdekatan iaitu Gombak dan Selayang...

Tujuan di kawasan ini adalah kerna dekat dengan kediaman jurulatih dan memudahkan lagi perjalanan kami untuk mengajar..

SENARAI GELANGGANG DI BAWAH GMKL

1) GELANGGANG KPG SG KERTAS, BATU CAVES,
Gurulatih : YDP GMKL DPA Nogososro
No Phone : 011 35483099



2) GELANGGANG TAMAN MELEWAR, GOMBAK
Gurulatih : Pendekar Luqman - 0142621749
Gurulatih : Pendekar Muhaimin - 0126803075


3) GELANGGANG TAMAN SELASIH 2, GOMBAK
Gurulatih : Srikandi Eira - 0176020904
Gurulatih : Pendekar Hisyam - 01112209146



4) GELANGGANG KPG LAKSAMANA, BATU CAVES
Gurulatih : Dato Panglima Pangiran Nur Satria Aduka
No Phone : 0122712519

** Akan DiBuka Dalam November 2016